You are not connected. Please login or register

Permohonan pinjaman online PTPTN

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Good Permohonan pinjaman online PTPTN on Thu Jun 12, 2008 11:49 am

Eralus


Admin
Admin
1. Permohonan pinjaman secara atas talian (online) akan dibuka untuk semua pelajar IPTA bermula 15 Jun 2008 melalui laman web . Klik di sini http://epinjaman.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.

1. Tarikh pelaksanaan permohonan pinjaman secara online untuk pelajar IPTS akan dimaklumkan kelak. Sehingga penetapan tarikh tersebut, permohonan pinjaman bagi pelajar IPTS hendaklah menggunakan borang OMR.
2. Permohonan menggunakan borang OMR selepas tarikh tersebut tidak lagi diterima. Pelajar boleh mendapatkan nombor PIN ini yang boleh diperoleh dari mesin ATM atau kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM5.00 mulai sekarang. Tempoh sah laku nombor PIN adalah 6 bulan daripada tarikh permohonan kali pertama dibuat.
3. Proses kelulusan kelompok pertama dibuat pada 25 Jun 2008 dan pelajar boleh menyemak dan mencetak bermula 26 Jun 2008.
4. Permohonan akan dibuka sepanjang tahun dan diproses sebanyak dua kali setiap semester mengikut IPT.
5. Pemohon yang ditolak permohonan mereka kerana masalah-masalah yang dinyatakan di dalam surat penolakan, boleh membuat permohonan semula dengan menekan butang "Permohonan Semula" di dalam laman web http://epinjaman.ptptn.gov.my setelah masalah tersebut diselesaikan dengan menggunakan nombor pin asal. Bagi pemohon yang ditolak disebabkan masalah akaun SSPN, boleh membuat permohonan semula selepas tempoh 14 hari dari tarikh pembukaan akaun SSPN.


TERMA DAN SYARAT

Permohonan Pinjaman PTPTN

Sila baca syarat dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

A. Syarat-syarat Permohonan Pinjaman

Pelajar layak memohon pinjaman pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

Pemohon adalah warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;
Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas;
Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara (5) di atas;
Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun;
Pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua (2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan;
* Mulai 1 Januari 2008, pinjaman hanya dipertimbangkan kepada pelajar yang mempunyai akaun simpanan SSPN sekurang-kurangnya RM 3,000.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan RM2,000.00 ke atas dan RM500.00 bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000.00;
Tidak mempunyai penaja lain;dan
Jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diperoleh pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.
B. Dokumen Sokongan

Setiap permohonan mestilah dilampirkan bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN seperti berikut:

Kad Pengenalan pemohon; (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)
Surat Tawaran dari IPT:
Sijil SPM (salinan transkrip keputusan peperiksaan SPM hanya diterima jika tidak melebihi tempoh DUA TAHUN dari tahun peperiksaan kepada tahun pinjaman PTPTN dibuat);
Sijil kelayakan masuk lain (contoh: STPM/Diploma/Matrikulasi/Ijazah Sarjana(Master) (surat pengesahan tamat pengajian dari IPT perlu disertakan jika pemohon belum menerima sijil dan tiada pengesahan tamat pada transkrip peperiksaan);
Buku/Penyata nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing;
Slip Gaji atau Kad Pesara Kerajaan atau Borang Pengesahan Pendapatan (EA/EC) atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga dan Pasangan Penjaga/Pemohon dan Pasangan;
Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa kandung;
Sijil Kematian sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau Akuan Sumpah sekiranya ibu bapa kandung tidak dapat dikesan;
Surat Pengesahan/Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/Pusat Zakat, sekiranya pemohon/ibu/bapa/penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan; dan
Kad keahlian SSPN/slip deposit SSPN/penyata akaun SSPN dari laman web PTPTN.
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:

Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.
(Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan oleh pegawai yang layak).

Pegawai yang layak mengesahkan dokumen adalah seperti berikut:

Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengamal Undang-Undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar Sekolah(sekolah kerajaan sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dn ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang bertauliah.


_________________
View user profile http://builder.forumotion.com

2Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Thu Jun 12, 2008 3:15 pm

isabelle

avatar
Committee Member
Oh...dah boleh mohon ke..kena mohon ni...hehe... :smiley9: :smiley9:

View user profile

3Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Fri Jun 13, 2008 1:22 am

xaxian

avatar
Moderator
Moderator
ala...yang tak nak mohon mcm maner!!! Question Question Question
Razz Razz Razz


_________________
Top Man in Te House,,,,
View user profile

4Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Mon Jun 16, 2008 8:34 pm

Uncle

avatar
Senior Member
Senior Member
yang tak nk mohon..mohon mara....tak pun tak payah mohon je...wahaha Razz Razz


_________________
My Gear
Nikon D90, Nikon 18 - 105mm VR, Nikon SB-600

http://eragarage.blogspot.com/
View user profile

5Good sspn mnyusahkan... on Tue Jun 17, 2008 5:48 pm

isabelle

avatar
Committee Member
penat je la nk wat pinjaman skg...ak ni ntah dapat ke x pt sem ni...huhuhu Mad

View user profile

6Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Wed Jun 18, 2008 10:02 pm

xaxian

avatar
Moderator
Moderator
ala...
kalau penat buat pinjaman...
cuber kasi pinjaman... Laughing Laughing lol!
baru lah x penat...



_________________
Top Man in Te House,,,,
View user profile

7Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Wed Jun 18, 2008 10:19 pm

Eralus


Admin
Admin
rugi amik loan ptptn ni...
better amik MARA..
lagi best....
pinjam banyak...bayar sikit... sunny


_________________
View user profile http://builder.forumotion.com

8Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Thu Jun 19, 2008 12:42 pm

Uncle

avatar
Senior Member
Senior Member
betul tu..
pinjam mara lagi best...
harap2 mara ade bukak untuk loanla...


_________________
My Gear
Nikon D90, Nikon 18 - 105mm VR, Nikon SB-600

http://eragarage.blogspot.com/
View user profile

9Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Fri Jun 20, 2008 11:03 am

[b]

leceh tul isi form ptptn nih..mcm2 nk..hehhe.. Very Happy dhla pinjm tp byk ckp pulak..hhahaha Evil or Very Mad

View user profile

10Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Fri Jun 20, 2008 11:12 am

Uncle

avatar
Senior Member
Senior Member
hehe..biasala tu...name pun ptptn....
eh dayah....tak mo try amik pinjaman kerajaan negeri selangor ke??
well better than ptptn....kalo result best tak yah bayar...
cheers lol!


_________________
My Gear
Nikon D90, Nikon 18 - 105mm VR, Nikon SB-600

http://eragarage.blogspot.com/
View user profile

11Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Fri Jun 20, 2008 11:20 am

[b]yeke kalu result ok x yah byr?pinjmn kerajaan selangor ek?website ape eh..nk rikie jap nih

View user profile

12Good Re: Permohonan pinjaman online PTPTN on Fri Jun 20, 2008 11:24 am

Uncle

avatar
Senior Member
Senior Member
aku rasa la...
pernah dengar orang cakap....hehe....
ko tryla tgk ye...
awal pagi dah online ko...tak tolong mak ke???hehe
ko masuk web ni..
http://www.selangor.gov.my
try ler search kat situ....hehe
afro


_________________
My Gear
Nikon D90, Nikon 18 - 105mm VR, Nikon SB-600

http://eragarage.blogspot.com/
View user profile

Sponsored content


Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum