Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

Sejarah Jalur Gemilang

5 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Sejarah Jalur Gemilang Empty Sejarah Jalur Gemilang Tue Aug 26, 2008 8:04 pm

dauzajik_wkp1696



JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Jalur Gemilang dalam catatan sejarah

1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan.

2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki.

3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007.

4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006.

Fakta Jalur Gemilang



Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.


Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.


Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.


28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.


Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Maksud lambang dan warna;

- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.

- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

http://profiles.friendster.com/dauzjueajik

2Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Tue Aug 26, 2008 8:46 pm

xaxian

xaxian
Moderator
Moderator

bagus2....

3Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Tue Aug 26, 2008 9:10 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

okay, ade semangat kemerdekaan nih.. Very Happy

4Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Tue Aug 26, 2008 9:38 pm

Austin77Power

Austin77Power
Junior Member
Junior Member

Saya bangga jadi rakyat Malaysia..

tp utk menyambut merdeka ke 51 kali ni, mcm tiada kehangatannya di kalangan warga Malaysia.
mengapa begitu?

5Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Tue Aug 26, 2008 10:08 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

haah kan, btol gak ko cko..
serius aku rase taun ni mcm kureng sket suasana tu, aku pun tak tau nape, padahal lagi 5ari nak 31ogos, rase mcm tak brape meriah..
feskem da mule kan kat padang kawad..

6Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Wed Aug 27, 2008 3:32 am

Austin77Power

Austin77Power
Junior Member
Junior Member

tp klu nak kira, brape kerat sgt yg tmpal bendera kat kreta..gantung jalur gemilang kat pagar2 rumah..
patutnya student yg nyewa rumah2 tu, bole je bli 1 jalur gemilang, pasang kat pagar rumah..xpon, sape yg dok flat, hang kan dkt pintu masuk ke..

7Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Wed Aug 27, 2008 11:40 am

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

adui..
sape duk umah flat weh.. lol!

8Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Wed Aug 27, 2008 1:09 pm

Austin77Power

Austin77Power
Junior Member
Junior Member

sape2 la..
sy bagi contoh je..
kan ke kat sek 7 tu byk rumah flat..
mesti ada je student kita yg menyewa sana..

9Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Wed Aug 27, 2008 1:29 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

hahaha..
btol tu weh, korang ni pun, try la beli sehelai, jgn curik lak jiran punye..

10Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Wed Aug 27, 2008 1:37 pm

Austin77Power

Austin77Power
Junior Member
Junior Member

ha..tu la..jgn la curik..
murah je..xsmpai rm5 dah dpt 1

11Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Wed Aug 27, 2008 1:59 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

yeke? murahnye.. katne ade?

12Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Wed Aug 27, 2008 11:41 pm

Uncle

Uncle
Senior Member
Senior Member

yup..
memang kurang kehangatan sambutan merdeka ni...
tahun ke tahun...makin senyap dan bosan..
tak tau lah kenape..
kurang kempen??sebab sibuk berkempen pilihan raya ke..
aku tengok yg pasang bendera pun lori je..
kereta kurang.....macam tak sambut merdeka je...

13Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Wed Aug 27, 2008 11:57 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

haah, serius kali ni mcm kurang kempen kat tv, aku pun tak tau nape, padahal lagi brape ari je ni nak hari kebangsaan..

14Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Thu Aug 28, 2008 1:22 am

Austin77Power

Austin77Power
Junior Member
Junior Member

yg ada iklan pon..yg kartun tu..yg husband n wife ckp loghat utara..
dan yg lagi satu iklan petrona..'abah punya'..
ada lain lg ke?

15Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Thu Aug 28, 2008 2:17 am

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

haah, aku suke la iklan afdlin shauki tuh, mcm best, mcm the only ads on tv yg menonjol la kali ni..

16Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Thu Aug 28, 2008 2:22 am

Austin77Power

Austin77Power
Junior Member
Junior Member

mmg la menonjol sbb die ada 2 je..

17Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Thu Aug 28, 2008 11:43 pm

Uncle

Uncle
Senior Member
Senior Member

memang ler menonjol..
tengoklah sape yg buat iklan..petronas kan..
iklan yg di tunggu2 setiap kali raya,merdeka,tahun baru or ape jua pung..

18Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Fri Aug 29, 2008 1:08 am

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

tula, aku suke gak iklan petronas nih, kreatif la dorg kan..
each year ads dorg mesti lain dari yg lain..

19Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Sat Aug 30, 2008 8:11 pm

Uncle

Uncle
Senior Member
Senior Member

yup...
mmg creative pung.
aku rase semua orang mmg tertunggu2 iklan petronas ni...
die membawa satu kelainan dan mesej tersendiri....

20Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Sun Aug 31, 2008 12:24 pm

Austin77Power

Austin77Power
Junior Member
Junior Member

tau tak sapa yg mencipta iklan ini dikategorikan sbg antara orang paling tinggi IQ di dunia..

21Sejarah Jalur Gemilang Empty Re: Sejarah Jalur Gemilang Sun Aug 31, 2008 12:44 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

yeke? sape yg wat iklan ni grenade? Question

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum