Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

Mari Berpantun...

3 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Smile Mari Berpantun... Fri Aug 29, 2008 2:22 am

xaxian

xaxian
Moderator
Moderator

cis...pandai betul korang berpantun...

kalau pandai sgt berpantun,
ape lagi bukalah thread 'mari berpantun'..

petikan dari ayat uncle...
disebabkan tiada sesiapa nak layan permintaan uncle nih...
aku gan baik hati membuka topik mari berpantun....

dengan lafaz bismillah...
saya xaxian merasmikan pembukaan topik mari berpantun...

jocolor jocolor

tajuk bebas...
x kira ko org nak buat pantun apa...
asalkan setiap reply ada satu pantun...
kalau x ada jangan mengada2 nak reply...
huhuuhu...

2Smile Re: Mari Berpantun... Fri Aug 29, 2008 2:26 am

xaxian

xaxian
Moderator
Moderator

kayu api dibelah-belah,
sambil dibelah jangan leka,
mari berpantun sudah dibuka,
apa lagi mulakan lah....


lalala~~~~



Last edited by xaxian on Fri Aug 29, 2008 2:27 am; edited 1 time in total

3Smile Re: Mari Berpantun... Fri Aug 29, 2008 2:27 am

apip_gaban

apip_gaban
Senior Member
Senior Member

cantik di cermin,cantik di gambar
cermin di letak dalam beg galas
sungguh lancang mulut tuan hamba
segala pantun tetap kami balas

http://separanormal.blogspot.com/

4Smile Re: Mari Berpantun... Fri Aug 29, 2008 2:34 am

xaxian

xaxian
Moderator
Moderator

kenapa tuan hamba tuduh, hamba bermulut lancang....

jangan suka tuduh melulu,
fikir dahulu sebelum berkata,
takut jiwa terseksa dahulu,
pasal mulut binasa kita....

5Smile Re: Mari Berpantun... Fri Aug 29, 2008 10:08 am

Bobbey_gunso

Bobbey_gunso
Senior Member
Senior Member

kalau membeli cermin mata,
beli sekali dengan kedainya,
jgn dipandang dengan sebelah mata,
kami bukan calang2 orangnya.

6Smile Re: Mari Berpantun... Sat Aug 30, 2008 1:50 pm

apip_gaban

apip_gaban
Senior Member
Senior Member

pergi kekedai membeli arang,
menconteng arang perosak bangsa,
bobbey bukan sebarangan orang,
bobbey katak dari angkasa.

http://separanormal.blogspot.com/

7Smile Re: Mari Berpantun... Sun Aug 31, 2008 4:49 pm

xaxian

xaxian
Moderator
Moderator

bobbey katak di angkasa,
apip pula polis angkasa,
aku tak suka menjadi mangsa,
bila ade pengkhianat bangsa....

8Smile Re: Mari Berpantun... Sun Aug 31, 2008 5:16 pm

apip_gaban

apip_gaban
Senior Member
Senior Member

baling anjing kena kejar,
kene kejar sampai ke singapura,
apa guna cakap sahaja,
kalau diri asyik berpura-pura..

http://separanormal.blogspot.com/

9Smile Re: Mari Berpantun... Mon Sep 01, 2008 12:27 pm

xaxian

xaxian
Moderator
Moderator

bukan diri berpura-pura,
kerana bangsa hamba tersiksa,
tuan hamba tersalah kira,
rakyat jelata yang menjadi mangsa....

10Smile Re: Mari Berpantun... Mon Sep 01, 2008 4:38 pm

Bobbey_gunso

Bobbey_gunso
Senior Member
Senior Member

katak angkasa memakan kentang,
kentang dimakan menggunakan mata,
bajet 2009 baru dibentang,
bukankah ia membantu rakyat jelata.

11Smile Re: Mari Berpantun... Mon Sep 01, 2008 8:04 pm

apip_gaban

apip_gaban
Senior Member
Senior Member

makan kentang sambil merapu,
makan tauhu dgn ayah pin,
tuan hamba jgn mudah tertipu,
dgn muslihat para peminpin..

http://separanormal.blogspot.com/

12Smile Re: Mari Berpantun... Mon Sep 01, 2008 9:47 pm

Bobbey_gunso

Bobbey_gunso
Senior Member
Senior Member

makan cekodok di balai bomba,
makan bersama dengan pakcik yahya,
jikalau tipu kata tuan hamba,
apa sebenarnya yang boleh dipercaya.

13Smile Re: Mari Berpantun... Tue Sep 02, 2008 2:08 am

xaxian

xaxian
Moderator
Moderator

bukan semua tidak dipercaya,
ada benda boleh dipercaya,
IMAN di hati sudah bercahaya,
itu sahaja benda boleh dipercaya...

14Smile Re: Mari Berpantun... Thu Sep 04, 2008 2:35 am

apip_gaban

apip_gaban
Senior Member
Senior Member

lampu kalimantang turut bercahaya,
bergitu juga dengan matahari,
memang semua tidak blh dpercaya,
kerana semuanya bergantung pada hati..

http://separanormal.blogspot.com/

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum