Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM?

5 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Tue Aug 12, 2008 12:20 am

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

ape pendapat korang?

td aku dpt msg yang diforward2, and aku rase korang2 pun ade dpt gak.. msg die lebih kurang gini..

'marilah kita beramai2 berkumpul die pdg kawad UiTM pukul 7pg esok, bg membantah kemasukan 10% bukan bumiputera dalam uitm.. lawan tetap lawan! TAKBIR!!!'

serius aku mmg bantah.. Evil or Very Mad

2Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Tue Aug 12, 2008 12:33 am

AnnabethMaribelaCarson

AnnabethMaribelaCarson
Senior Member
Senior Member

eh..jap..announcement kat fac td kata kumpul jam 10.30..
ni jam 7 plak..
nak pg tp dah konfius dah nih..

jam brape nih sbenaye??

3Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Tue Aug 12, 2008 9:36 am

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

serius ar..
kalo camtu nak gi gak ar, 10.30 sedap sket bunyinye, hehehe..

4Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Tue Aug 12, 2008 2:16 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

Petikan Berita Harian
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080812122642/Article




5,000 berhimpun bantah UiTM dibuka untuk bukan Bumiputera

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhimpun di depan pintu masuk utama bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), di sini pagi ini untuk membantah cadangan membuka UiTM kepada bukan Bumiputera.

Pelajar mula berhimpun seawal jam 7 pagi di Dataran Shah Alam sebelum berarak secara aman menuju pintu masuk utama sejauh 500 meter diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Luqmann Ulhakim Mohamad Idris.

Mereka turut membawa sepanduk 'Selamatkan UiTM' sambil menyanyikan lagu rasmi universiti itu dan lagu patriotik, Warisan.

Luqman turut menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri yang diserahkan kepada wakil Pejabat Menteri Besar, Hasril Abu Hassan.

Kandungan memorandum itu antaranya meminta kerajaan negeri tidak lagi membuat cadangan itu kerana UiTM adalah salah satu hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Pelajar mula bersurai kira-kira jam 10 pagi selepas Luqmann menyampaikan memorandum bagi membantah kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mencadangkan 10 peratus kuota di UiTM diperuntukkan kepada bukan Bumiputera.

5Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Tue Aug 12, 2008 2:19 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

Petikan Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm


UiTM: Syor tidak masuk akal

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Bekas-bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyifatkan cadangan supaya 10 peratus kuota kemasukan ke universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera dan pelajar asing sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak wajar diberikan pertimbangan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed menegaskan, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana matlamat asal penubuhan universiti itu adalah untuk membantu masyarakat Melayu dan bumiputera bagi mendapatkan pendidikan.

''Cadangan tersebut tidak masuk akal dan tidak perlu diperbincangkan kerana sudah jelas UiTM ditubuhkan untuk masyarakat Melayu dan bumiputera,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Mohd. Zin yang juga anggota alumni UiTM menjelaskan, alasan untuk mewujudkan persaingan di kalangan pelajar adalah tidak berasas kerana lepasan universiti itu berkualiti dan mampu bersaing secara kompetitif.

''Saya merupakan antara produk keluaran UiTM dan banyak lagi produk keluarannya yang berkualiti, jadi alasan mewujudkan persaingan tidak relevan,'' tegasnya.

Sementara itu, Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Profesor Datuk Dr. Hamdan Adnan berkata, cadangan itu tidak wajar kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera pada masa akan datang.

Hamdan menjelaskan, cadangan Abdul Khalid itu bakal memberikan masalah kepada negara kerana ia akan menyekat pertumbuhan golongan profesional di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera.

''Asas penubuhan UiTM adalah untuk memberikan pendidikan tinggi kepada masyarakat Melayu dan bumiputera bagi memperbaiki kehidupan mereka.

''Kajian membuktikan jurang perbezaan golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera adalah tinggi, sekiranya cadangan itu diterima, kita akan terus ketinggalan,'' tegasnya.

Beliau yang juga bekas pelajar UiTM menyeru supaya keutamaan diberikan kepada masyarakat Melayu dan peribumi Malaysia kerana universiti tersebut adalah sebahagian daripada hak mereka di negara ini.

6Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Tue Aug 12, 2008 5:28 pm

Bobbey_gunso

Bobbey_gunso
Senior Member
Senior Member

aku setuju..
uitm adalah untuk anak2 bangsa melayu dan bumiputera...
bukan untuk bangsa asing...
kita BANTAH!!!

7Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Wed Aug 13, 2008 1:23 am

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

walaupun aku rase dlm bende2 lain org Melayu ni susa nak bsatu, tapi kalo melibatkan bende2 camni, kite mmg kuat kan..
nyesal sgt aku tak gi.. Sad

8Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Wed Aug 13, 2008 1:50 am

apip_gaban

apip_gaban
Senior Member
Senior Member

aku adalah salah seorg dalam 5000 itu..suka2 hahaha

http://separanormal.blogspot.com/

9Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Wed Aug 13, 2008 11:31 pm

Uncle

Uncle
Senior Member
Senior Member

yaa...aku pun bantah..
merepek je semua ni....
uitm untuk melayu je beb..
kaum lain tak leh masuk..
mampus lah dieorang...
racist ni!!!!!!!!!!

10Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Wed Aug 13, 2008 11:42 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

hehehe, relax uncle..
tapi mmg la, aku rase kebanyakan rakyat Selangor n org Melayu da rase nyesal time dorg undi waktu PR aritu, skang kite da tau kan dorg ni camne..
so, next time plz don't make mistake, and plz don't hesitate to support the government, aku tak ckp kerajaan ni btol sume, tapi at least kerajaan kite bukan pengkhianat Melayu..
org tu dpt Selangor mmg la da sedap, sbb negeri da maju, tapi projek first die yg mega, projek babi, hahaha, sesuai btol la..

11Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Thu Aug 14, 2008 10:59 am

Bobbey_gunso

Bobbey_gunso
Senior Member
Senior Member

entah la...
aku pon tak tau nak cakap mcm mane lagi...
kita tgk je la nanti ape akan terjadi..
moga2 diorang tak melakukan mistake lagi..

12Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Thu Aug 14, 2008 3:53 pm

apip_gaban

apip_gaban
Senior Member
Senior Member

'peminpin takde otak" ayat sape laa nih..hahaha

http://separanormal.blogspot.com/

13Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Thu Aug 14, 2008 6:40 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

ayat sape apip? Question

14Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Thu Aug 14, 2008 7:41 pm

Bobbey_gunso

Bobbey_gunso
Senior Member
Senior Member

ayat apip lar tue...
die yang sebut..

15Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Wed Aug 27, 2008 11:26 pm

Uncle

Uncle
Senior Member
Senior Member

mari kita buat demo kat FSPUC lak..
dikriminasi kepada student..kena parking bawah lak...
ini tidak adil!!!!!!!

16Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Empty Re: Kemasukan bukan bumiputera dlm UiTM? Wed Aug 27, 2008 11:37 pm

BuildeR99

BuildeR99
Elite Member
Elite Member

haah kan, lemak btol la.. kang moto letak tempat keta, keta nak letak mane lak..

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum